Bila Pena Bercerita...
 photo imagejpg1.jpg;">

HOME STRUKTUR ORGANISASI LAGU RASMI AKTIVITI & PROGRAM GALERI GAMBAR HUBUNGI KAMI




CERITA 3 IN 1 : KELAS MEMANDU, JPJ TEST DAN RESULT
April 12, 2013 - Permalink - 0 Comment(s)


“sesungguhnya tidak ada yg tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yg ada dilangit dan juga yg ada dibumi- Al-Imran ayat 5”


Ingatlah, lakukan kebaikan dan jauhilah kejahatan.. kita mampu sembunyikan daripada manusia tetapi kita x mampu sembunyikan daripada Allah.. setiap yg kita lakukan pasti akan dinilai di akhirat kelak..


Assalamualaikum..

Welcome April!!


Nak share pengalaman sepanjang first time belajar memandu dan JPJ Test.. huh..

March 2013, aku cuba cari balik nombor abg azhan, sebab aku amek lesen L masa 2011 dengan dia dulu.. aduh macam mana aku boleh hilang nombor hp dia.. aku pun tekad la type kt google Azhan LP then keluar websites dia http://belajarmemandu.net/.. Then aku terus contact dia untuk amek kelas balik..


daftar kat azhan LP.. perkhidmatan sangat cekap!!  tenaga pengajar pun hebat ^_^

Then, seminggu lepas tu, kelas memandu pun bermula.. aku dapat cikgu nazri.. tengok muka pun dah macam garang dan tegas.. tapi tau je la aku ni macam mana.. bukan kisah sangat kalau kena marah pun.. aku boleh gelak gelak.. haisk.. anak sapo la ni.. hah, jangkaan aku tepat.. memang cikgu ni garang.. first kelas aku kena bawak sampai ke atas skem sana.. fuhh, jalan dah la selekoh, aku pulak tengah nervous, kawalan stering kiri kanan la.. cikgu tu punya la pening dengan aku.. aku pulak, lain yg cikgu tu ajar lain yg aku buat.. apa pun tak boleh..


Cerita belajar kete kt jalanraya tidak berakhir disitu.. masuk kelas yg kedua.. aku belajar part litar.. kat sini ada drama sikit berlaku.. dengan cuaca panas.. aku pulak lagi buat cikgu tu tambah panas. bukit, parking dan tiga penjuru.. part bukit, brapa kali aku buat salah.. enjin mati, kereta undur, terlajak garisan kuning sebab aku tak alert tiang dan cermin sisi.. lagi la berganda aku kena marah, belum lg sbb tekan brek kuat2x dan tukar gear dgn ganasnya.. huh.. macam biasa la cikgu yg cool tu aku berjaya jadikan dia hot.. aduh.. dah salah lagi mau gelak2x then cakap soryy2x.. parking dgn tiga penjuru aku takde masalah.. lepas tu buat salah lagi.. lain yg diajar lain pulak yg aku buat.. hadooiii...

Then dia pun cakap kenapa dia tegas part bukit, sebab kalau bukit kandas automatic tak dapat buat parking dgn tiga penjuru.. ibarat bukit tu simpulan ikatan.. ok, masuk kelas ketiga cikgu dah xduduk kat sebelah aku, dia tengok dari jauh je.. fuhh.. seram weyh.. kena kawal sorang2x tapi rasa lega la cikgu takde.. hahaha.. then, berkat kena marah, ingat cepat je step bukit, parking dan tiga penjuru.. cikgu tengok je dari jauh.. wah bangga bangga.. tak sia-sia dia marah aku.. then lepas settle litar.. dia pun panggil aku utk buat jalanraya.. huh, kali ni guna viva sebab test pakai viva..


Kali ni aku lebih tenang, kawalan stering pun dah ok.. dia cakap boleh pun bawak kete macam tu, maaf la cikgu, mungkin nervous sangat kot dulu.. so dia pun repeat balik semua step yg kena buat kat jalanraya.. so. Tiga kali repeat sesi latihan kat jalanraya.. settle.. kelas ke empat cikgu azhan ajar aku, dia just tambah pengetahuan aku tentang teknik kawalan stering yg betul.. sempat jugak la kena tegur sebab kawalan stering lambat, haisk.. kalau dapat cikgu tak garang mesti careless.. dan hari yg sama cikgu azhan bagitau test jpj aku 10April.. fuhh fuhh... dah dapat tarikh.. warghh.. tak mau tak mau..
Ujian bahagian 2 dan 3 pada 10.04.13  tidakkk!!!!

Hari jumaat sesi latihan dengan cikgu nazri, everything ok.. alhamdulilah.. tiba-tiba semangat pulak nak test jpj.. habis kelas, cikgu belanja nasi ayam kt area skem tu sebab dia tak sempat lunch hari ni.. aku pun ok je.. walaupun tak lapar.. tapi xbest pulak kalau aku xmakan.. cikgu dah order.. aq tambah satu kelas lagi utk memantapkan teknik.. cehh ayat tak boleh blah.. kebetulan kete cikgu nazri rosak.. aduh.. buat jalanraya dgn cikgu azhan, tapi ok la.. last kelas pun still buat salah lagi.. aduh.. tiba2x terus seram nak test.. haisk.. bahagian litar pun sama.. berapa kali kete terundur kat bukit sebab aq pergi turunkan tekanan minyak.. warghh T_T


sempat singgah 7E utk beli ujang.. nak hilangkan nervous la sangat!!

malam sebelum test cikgu call dapat angka giliran.. sesi 3 No 43.. sesi tiga, pukul 2pm.. ya Allah, harap tak hujan.. nervous dia mengalahkan jawab final exam!! first time aku tak boleh tido.. serious sangat terganggu.. lepas isyak, macam biasa aku buat solat sunat taubat.. then.. aku rileks jap borak dgn mama, then masuk tido.. mata tak lelap jugak.. bangun buat solat tahajud, then baca al-quran.. then sambung dengan solat hajat.. tapi tak boleh tido jugak.. entah pukul brape aku terlelap jugak.. kuatkan diri bangun subuh, terus tertido sampai pukul 9pagi.. huh.. solat dhuha, then terus siap!! nervous tak payah nak cerita la

setibanya di skem, nombor giliran dipanggil, kena serahkan ic dan lesen, then dapat no giliran 43.. huh.. ada 59 orang utk sesi 3.. mula2x penuh la pondok tu, tapi hasil kecekapan jpj, 40 minit, nombor aku dipanggil, terus amek kete.. sempat jugak aku test minyak dan brek.. dengan bacaan doa dan lafaz bismilah, aku pun gerakkan kete.. semua step aku ingat.. then aq berhenti dgn berhati-hati.. belum sempat aku keluarkan kepala dan angkat tangan, pegawai jpj terus suruh aq jalan.. bermakna aku lepas.. yeay yeay!! alhamdulilah.. alamak, nak gerakkan kete ke depan ni.. seram.. tekan clutch, masuk gear 1, tekan minyak sampai RP3, then lepaskan clutch slow2x, bila kete dh gerak ke depan, tambah minyak, then lepas handbrake.. yeay yeay.. cikgu yg ada kt pondok tu bagi guideline berhenti kt garisan putih utk amek borang dan ke parking..

masuk part parking ada 4 parking.. aq harap aku dapat parking 2 atau 3.. mula-mula belajar dapat parking 3.. then masa test jpj suruh aku masuk parking 3.. yeay yeay.. berkat cikgu nazri ajar kot, dapat parking tu.. so, aku pun buat la step dengan jayanya.. enjin mati masa aku nak luruskan kereta sbb terlepas clutch.. tapi kalau part parking enjin nak mati berapa kali pun xkisah, yg penting kereta masuk kotak dan xlanggar objek.. fuhh settle luruskan tayar.. aku pun lambai2x la kt jpj tu.. hahaha.. then dia angguk, aku pun keluar dengan jayanya ke tiga penjuru.. alhamdulilah.. settle part litar.. lulus!! yeay yeay... dengan hati berbunga-bunga, aq pun bawak kete ke bukit balik.. huh.. naik part parking.. jumpa pegawai jpj tadi.. huh, perasaan?? happy.. sebab sekali percubaan je.. alhamdulilah.. 

selesai bahagian litar, standby ke bahagian jalanraya pulak.. turn aku pukul 3.25, huh, masuk je kereta aku bagi salam, sama ada pegawai jpj tu jawab dalam hati kot sbb aq xdengar.. harap2x la tak garang, sebab aq tak dengar suara dia lagi.. huh.. dia tgh check form aq.. then dia suruh aq isi nama, ic dgn sign.. punya la hancur tulisan aq sebab nervous gila.. then dia cakap, pakai baju yg sama dalam ic ke.. kebetulan aq pakai t-shirt hijau.. hahaha.. gelak habis aku.. aku cakap x.. ni baju lain.. grrr.. then dia cakap dah boleh mula, aq pun buat la step-step yg diajar.. betulkan sit, check cermin trmasuk cermin sisi, pakai tali pinggang, free gear, check signal dan wiper.. then abg jpj tu kata boleh jalan.. fuhh.. tekan clutch masuk gear 1 then buat imbangan minyak sbb kete kat atas bukit.. bila kete jalan boleh pulak aku lepas clutch terus, terhenjut kete.. fuhh.. 

so, lampu isyarat pun hijau, jadi jalan je la.. adengan turun bukit pulak, memang aku allert dgn signal.. dan berhenti sebelum garisan, yg penting nampak kereta dari belah kanan!! (important)-nasihat cikgu2x aku la.


aku: free gear dan tarik handbrake.. (pusing stering kanan satu kali)
pegawai jpj: ala, tak payah berhenti lama-lama, tak ada kereta kan.. lepas handbrake, lepas brake dan clutch perlahan-lahan..
aku: (buat dengan tekunnya) tukar gear 2 dan terus je masuk gear 3..

then dengan jayanya berjaya turun dari bukit utk ke jalan raya.. kelajuan aku pun stabil.. then mula lah sesi soal jawab antara aku dgn pegawai jpj tu..

pegawai jpj: lepas spm ke??
aku: (nampak tak aku muda kat situ) erm, x.. baru lepas habis diploma..
pegawai jpj: diploma apa??
aku: IT 
pegawai jpj: amek dekat mana?? 
aku: kolej islam antarabangsa bawah uia..
pegawai jpj: kolej kat batu muda tu??
aku: haah.. 

pegawai jpj: kerajaan ke swasta?? berapa bayarannya?
aku: swasta, pinjaman semua sekali rm24k
pegawai jpj: owh.. kiranya mahir la pasal komputer, laptop, pandai buat program?
aku: takde la mahir mana.. tau sikit-sikit je.. program pernah buat masa praktikal
(kelajuan aq 20km/jam)
pegawai jpj: cuba tambah minyak.. kalau bawak macam ni.. memang la expert..
aku: (sebenarnya aku tak perasan aku tak tekan minyak sangat) haisk.. 
pegawai jpj: saya ada masalah nak download movies, tapi tak boleh..
aku: encik ada downnload idm atau win rar??
pegawai jpj:entah, saya pun tak tau sangat pasal benda2x ni.. tapi saya guna akaun torrent
aku: owh.. internet macam mana??
pegawai jpj:saya pakai unifi
aku: owh.. internet memang takde masalah la..
pegawai jpj: nanti boleh ajarkan saya macam mana.. kongsi ilmu dgn saya
aku: erm, xde masalah..

pegawai jpj: tinggal kt bandar baru selayang ke..
aku: haah.. tapi rumah tu ayah sewa.. tinggal kt kg nakhoda..
pegawai jpj: dekat la dengan area rumah saya.. 
aku: la, (bila dia bagitau lokasinya memang dekat pun)
(sampai dekat area u-turn)

pegawai jpj: masuk gear 2 lepas tu u-turn
aku: (gunakan sepenuhnya step yg diajar)
(perjalanan pulang ke skem)
>>masa perjalanan nak pulang, banyak bercerita pasal external hard disk dgn pasal laptop pegawai jpj ni..
pegawai jpj: aduh, kenapa perlahan sangat, cuba tambah minyak
aku: (adengan turun bukit, lupa pulak tekan minyak lebih sbb sibuk duk kawal brek mana tak kelajuan 20km je)
pegawai jpj: tengah test ni bukan tengah memandu belajar (sambil senyum)
aku: (aku pun senyum je la)
>>lepas je tu terus maintain kelajuan 40km/j dan sampai jugak ke tamat ujian bahagian 3 (jalan raya)


>>excited sebab dah nak sampai tempat tamat ujian
aku: tekan clutch masuk gear 1 dengan jayanya.. signal kiri
pegawai jpj: ok, dah boleh pusing kiri habis..
aku: (dah masuk dengan jayanya)

pegawai jpj: nanti tolong ajarkan saya dan kongsi sikit ilmu awak ye..
aku: insya-Allah, xde masalah
pegawai jpj: tandatangan borang tu.. 
aku: terima kasih banyak2x encik..(tengok form dapat 18/20).. alhamdulilah.. senyum lebar la..
pegawai jpj: alright.. nanti dah bawak kereta jangan bawak perlahan sangat.. tapi jangan drift pulak
aku: senyum (dalam hati baik).. teringat pulak trademark, ingatlah orang yg tersayang.. 


alhamdulilah.. tahniah kpd tenaga pengajar ^_^

>>serious, xrasa macam diuji sebab mungkin pegawai jpj tu sangat ramah.. then aku pulak sambil bercakap still fokus pada pemanduan.. alhamdulilah.. selain amek test dapat jugak tambahkan ukhuwah pengenalan sesama saudara islam.. terima kasih ya Allah, bagi aku pegawai jpj yg baik... anyway, paling aku bersyukur sebab ujian jpj berjaya dengan sekali percubaan sahaja.. yahuuuuuu... alhamdulilah..

habis je test mama call.. apa lagi.. rupanya mama lagi excited dari aku.. tanpa doa mama dan abah, berkat restu kalian, smooth je perjalanan hidup anakmu ini.. terus call cikgu nazri bagitau aku lepas JPJ test.. yela, kalau dia tak marah aku, kompem aku takkan pandai bawak kete manual.. terima kasih cikgu!! nak promote sikit, Azhan LP (branch SKEM) sangat bagus.. perkhidmatan cekap!! berminat??? call je cikgu azhan 012-375 3577.. cakap firdaus recommend.. harga pun murah!! 

selesai test, tunaikan solat zuhur dan sempat buat sujud syukur kat surau skem.. then masa tunggu nak balik sempat la berborak dengan kawan-kawan dibawah azhan LP.. kongsi cerita dgn dorang.. alhamdulilah, dorang semua pun lepas.. sebab sama-sama kongsi nervous sebelum test tadi.. alhamdulilah.. terima kasih cikgu nazri dan cikgu azhan, kalau tak kerana ketegasan cikgu nazri tak mungkin aku boleh lepas.. mereka marah ada sebab, mereka tegur pun ada sebab, mereka tegas pun ada sebab.. sebab apa?? sebab nak bagi aku pandai!!.. alhamdulilah, semoga Allah merahmati mereka diatas ilmu dan tunjuk ajar yg telah mereka berikan pada aku.. thanx a lot cikgu nazri dan cikgu azhan, tanpa anda berdua, xtau la tahun bila nya nak mahir.. ayat keramat cikgu azhan, nak nervous ape.. bawak je.. selagi kita kat jalan kita, line kita, xde masalah.. jangan nak takut .. ayat keramat cikgu nazri pulak, kalau bawak kereta mesti confident.. jaga jarak.. insya-Allah...

p/s: kalau mula-mula nak belajar memandu, lebih baik dapat cikgu yg garang dan tegas.. sebab cepat pandai.. terima kasih kepada mereka berdua..rasa  sangat terhutang budi, semoga sentiasa dirahmati Allah.. kegarangan dan ketegasan anda membuatkan saya lebih expert.. dan terima kasih jgk kat abg raihan yg selalu amek dan hantar ke skem dan seluruh warga kerja Azhan LP... terima kasih juga kpd semua pegawai jpj kuala lumpur yang sangat cekap dan mesra!! #respect



tips masa ujian jpj: jangan nervous dan banyakkan berdoa!! confident yg penting


secara rasminya keputusan untuk semester akhir aku di Kolej Islam Antarabangsa terjawab pada 12 April 2013 selepas dua hari aku lepas test JPJ, alhamdulilah.. akhirnya air mata aku mengalir juga.. air mata kemenangan.. diatas segala perjuangan selama hampir tiga bulan menjalani latihan industri di Al-Islam Specialist Hospital.. terima kasih kpd abg muhammad adzman (Supervisor Industrial aku) dan kak syahirah (pegawai IT) yang selalu memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada aku dan diatas layanan yg sangat baik kepada aku.. hanya Allah yg akan membalas jasa mereka.. 



perjuangan selama hampir 3 tahun di IIC



aku rasa sangat terhutang budi kepada madam siti nur ain, daripada first sem dia ajar aku, hinggalah dia terpilih sebagai supervisor academic aku.. madam, terima kasih.. tahniah dan terima kasih selayaknya utk madam kerana sudi melayan kerenah saya dan memberi jalan keluar disetiap masalah saya sepanjang menjalani latihan industri.. speechless.. thanx a lot madam.. semoga Allah selalu merahmati madam dan terus menjadi pendidik yg terbaik.. terima kasih madam!! tak lupa juga kepada madam nor azah, anda adalah fasi dan lecturer terbaik.. dan terima kasih buat semua tenaga pengajar dari IIC.. saya sayang semua pensyarah saya!! 


terima kasih mama dan abah.. terima kasih sahabat-sahabat disisi.. tatkala susah dan senang.. terima kasih pensyarah-pensyarah, terima kasih warga kerja Al-Islam Specialist Hospital.. terima kasih semua kerana mendidik dan membimbing insan bernama Mohd Firdaus Bin Abdul Jamil.. jasa anda, usaha anda, hanya Allah yg mampu membalasnya.. tips aku.. setiap kali melakukan sesuatu, titipkan dengan DOA.. selepas itu teruskan dengan USAHA... jangan lupa IKTIHAR dengan sedaya upaya dan at the last.. TAWAKAL kpd Allah.. dari mula kita dengan Allah.. dan akhiri juga dengan Allah.. semoga kita peroleh kejayaan!! aminn..